Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Cantik Di Mata Hati

Warkah dari ku buat mu wahai wanita,  Cantik itu hanyalah suatu perkataan Kerana kecantikan paras rupa hanyalah senipis kulit, Kebangaan diri mu itu bersifat sementara, Ibarat bunga yang mekar namun layu juga akhirnya. Cantik itu jangan hanya lihat di mata. Lihat juga dari mata hati yang kecil Kerana kecantikan abadi terletak pada jiwanya. Jiwa yang bersih dan taat pada Pencipta Nya.

Aku Terkilan.

Malam semalam macam biasa aku tidur lambat. Menghadap Facebook yang semakin sepi. Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian ku di timeline. Al kisahnya, ada lah seorang hamba Allah ni. Ingin menasihati seorang gadis yang upload aksi Gwiyomi nya di laman sosial tersbut. Permulaannya cukup indah, dan aku meneruskan pembacaan. Namun, aku sangat terkilan dan terkejut. Sebuah nasihat akhirnya bertukar menjadi mengaibkan gadis tersebut. Hamba Allah ini terus tag rakan rakan lelakinya di video gadis tersebut. Aku kasihan kan gadis itu. Kesalahan sekecil itu tapi di serang sebegitu teruk. Apa yang lebih membuat aku terkilan adalah, Hamba Allah itu sangat terkenal di alam maya. Cukup terkenal kerana hasil penulisan yang tiada cacat celanya. Aku ingin mengingatkan para ilmuan di luar sana. Anda memiliki ilmu yang lebih dari kami ini tetapi cukup jahil untuk membezakan menasihati dan mengaibkan. Maka betullah kata ahli bijak pandai, tiada manusia yang sempurna. Hamba Allah

Terlalu Handsome Juga Masalah

Kelakar pulak entry aku pagi ni. Sebab aku dok layan pen patah.com entry dia tajuk Lelaki Diusir Kerana Terlalu Handsome. Kesian kat mamat arab tu. Hanya kerana terlalu handsome. Pak pak arab tu terasa tercabar dengan dia. Kalau perempuan boleh la pakai purdah bila terlalu cantik. Lelaki yang terlalu handsome macam mana pulak? Aku tengok gambar mamat tu boleh la. Muka bersih suci. Berjambang. Kalau kau suka arab, maybe ini pilihan hati kau orang semua kot? Aku jarang la nak dengar lelaki puji lelaki lain. Exceptional bagi golongan gay. I mean, straight guys, kau orang puji ke lelaki yang di label "handsome" ni? Do you acknowledge them? Aku rasa ego lelaki ni tinggi, takkan nak puji punya lah. Makes me wonder. Hmmmmm... Bila fikirkan balik, manusia ni mesti nak terasa tergugat kedudukannya hanya kerana kelebihan seseorang. Sebab tu sanggup menyusahkan orang yang bersalah ni. Itu semua kurniaan Tuhan. Teringat pulak kisah Nabi Yusuf. Kalau mamat arab

Epilog Puisi Kelabu: Mengejar Bayang Mu

Aku masih sendiri Kerana aku masih mencari. Wajah mu yang kian menyepi. Tiada lagi kelibat tawamu yang menyeri. Aku masih sendiri. Mengejar bayang mu yang tiada henti. Aku tangisi setiap malam diselangi mimpi. Mimpi indah yang telah pergi. Aku masih sendiri. Sendirian aku berdiri disini. Diatas paksi yang simetri. Bayangan kelabu seolah memerli. Aku masih sendiri. Kerana dirimu tiada ganti. Aku masih harus harungi. Menyayangi mu tanpa terpatri.

Meownifesto

Andai aku adalah sebuah parti yang bertanding maka manifesto aku akan berbunyi lebih kurang begini: Haiwan liar akan mempunyai tempat perlindungan yang mencukupi bagi menjaga hak mereka sebagai makhluk Tuhan di Bumi ini. Selain bertangungjawab terhadap manusia, haiwan juga harus diutamakan. Sekian terima kasih. Aku cuma copy paste dari status terbaru di facebook aku. Pemalasnya aku kan. hahaha. Tapi, itu bukan isunya disini. Aku nak cuma nak tanya, kenapa tiada yang ingin menjaga haiwan-haiwan liar yang ada di Malaysia ni? I mean, kau orang semua ada baca article dari negara luar di mana government nya sangat perihatin terhadap haiwan-haiwan liar. Siap ada NGO khas bahagian haiwan. Eh, kat Jepon siap letak rumah kucing kat taman untuk tempat bersantai kucing liar okay.! Makanan, air, semua adalah. Terjaga kucing-kucing tu. Hal ni berikutan kes tsunami tahun 2011. Gila punya semangat. Tak kurang hebat kat Turki (kalau tak silap.) Bukan setakat kucing, aku rasa anjing li

Realiti: Wanita & Keinginan.

Dalam kehidupan kita ni seharusnya kita menjadi lebih realistik. Wanita dan keinginan tidak dapat dipisahkan. Walaupun seorang wanita itu hanya berkata "Aku bahagia walaupun sederhana", Namun disebalik hati kecilnya hanya Tuhan yang mengetahui. Seorang wanita, isteri mahupun ibu adalah dua golongan wanita yang hebat. Mereka ini mampu menyembunyikan perasaan kerana tidak mahu meletakkan beban dibahu mereka yang bergelar anak mahupun suami. Disebalik senyuman mereka, tersirat seribu rahsia. Rahsia tiada siapa yang mungkin ketahui. Janganlah pula kita mengambil kesempatan diatas kebaikan diri mereka. Terutamanya mereka yang bergelar lelaki, suami mahupun anak. Seharusnya kita lebih peka, dan perihatin terhadap kdua golongan wanita ini. Meskipun mereka tidak meminta-minta, ini kerana tidak mahu dianggap menyusahkan. Oleh itu, untuk mereka yang bergelar lelaki, anak, dan suami. Berusahalah anda untuk membahagiakan mereka. Berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidu

Wordless Wednesday #1

Imej
I'm a handsome cat meowwww..

Peribahasa Rosak

Aku tak tahu la kalau kau orang semua penah dengar ke tak. First time aku dengar peribahasa ni kat radio THR. Around 6 tahun lepas gitu. Dia orang akan air lepas segmen THR Hindi Power, sebelum lagu Negaraku. Serius kelakar gelak tahap boleh terkencing punya. Ni senarai antara peribahasa rosak yang aku ingat. 1. Sepandai tupai melompat akhirnya tak dapat masuk olimpik juga. 2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan. 3. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan. 4. Biar putih tulang jangan kuning gigi. 5. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock. 6. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia. 7. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. 8. Habis madu sepah jangan dibuang merata-rata. 9. Membujur lalu melintang pukang. 10. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut pulut pun habis. Paling tak tahan yang nombor 10 tu. Senak perut aku gelak. Siapalah punya idea kan?

Quick Glimpse Of Vektor 58

Imej
Bahasa Melayu nya, Sekilas pandang Vektor 58. Anda boleh google pasal Vektor 58 ni. Kalau malas sangat, aku akan eloborate more. So, teruskan membaca. (itulah agenda sebenarnya. hahaha) Cerita ni tv series some kind of Transformers tapi made in Malaysia ok! Aku describe dengan one word "Superb!" Tengok trailer pun dah boleh rasa teruja gitu. Aku tak boleh la nak bandingkan dengan cerita Mantera tu, sebab aku sendiri pun belum tengok lagi. But then, I am looking forward dengan cerita Vektor 58 ni. hasil teknik CGI dia memang OHSEM. Tak percaya? Tok sah dok buat muka kerut kerut tu aih. Ce tengok trailer ni.. Chain-FX's first live-action television series 'Vektor 58' follows a story about a bio-mechanical alien that landed on earth and has lost its memory following a terrible landing. However, the alien was taken care of by a girl until they became close friends and throughout that period, he has carried out his life as an ordinary human on ear

Apa Komen Anda?

Sila beri komen terhadap design blog yang terbaru ini. Ecewah. Serius pulak bunyi nya. haha. Tak de la. Aku dah fed up nak edit riban kali blog ni. Aku ni memang cerewet gila orang nya. Sekarang ni pun rasa macam something missing. Tapi tak tau apa. haih. Mohon bantuan dari rakan rakan blogger. Terima Kasih. :)

Al Kisah Tersepak

Masa aku dok termenung selama 5 minit, aku teringat kat seorang abang ni. Masa aku aktif silat dulu aku pernah lah sparing dengan lelaki. Beberapa kali dengan trainer dan beberapa kali dengan student. Aku memang asyik kena partner dengan lelaki. Nak kata best pon kang orang pandang semacam pulak. haha At least aku tahu nak bajet kekuatan lelaki. Tak kisah la kot. Nak belajar silat punya pasal. Nak dijadikan cerita, abang sorang ni aku cuma panggil dia ustaz. Aku tak ingat pulak nama dia.Lupa dah heh. So, kita gelar je dia abang ustaz sepanjang entry ni ye. haha. Abang ustaz ni memang annoying ya amat Aku memang tak sebulu dengan mamat nih. Ada je benda dia nak komen pasal aku. Pendek lah. kecik lah. apa lagi lah. haha Tapi aku rasa dia kelakar sebenarnya, Saja cover, sebab tak nak bagi can. Satu malam tu, aku kena sparing dengan abang ustaz ni. Di sebabkan mulut dia yang tak ada insuran tu, sepanjang malam aku angin je. Bila dia bagi sekali kat aku, aku boleh la t

Akan Ku Tunggu #1

"Jangan kau sentuh walaupun seinci tubuh Azura" tegas Dalili. "Pasal kau lah perempuan, pasal kau, isteri aku berani melawan cakap aku" balas Haikal. Lamunan Dalili terhenti. ******************************************************************************* Kenangan 2 tahun lepas masih segar diingatan gadis berusia 25 tahun itu. Hannah Dalili, gadis manja yang sering tersenyum. Senyuman itulah yang sering membuat hati mana-mana lelaki cair melihatnya. Lelaki yang dahulu musuh ketatnya kini, menjadi suaminya. Siapa sangka api dan api mampu bersatu. "Aku tak percaya yang kau boleh kahwin dengan mamat gila tu Lili." seloroh Faliq "Tahu tak apa Jannah. Aku ingat Lili ni couple dengan Rizal. Ye lah mana tak nya, kau berdua kan rapat Lili.Tau tau je kau kahwin dengan Haikal. Macam pelik pun ada." ujar Malik. Faliq dan Malik dua sahabat sejati merangkap mantan senior Dalili. "Rizal? Abang Rizal, Lili minta maaf." bergenang air mata

Kebersihan

Malam yang hangat pijor begini memberi aku ilham untuk menulis. Tajuk yang senang dan ringkas, mari sebut beramai-ramai "KE..BER..SI..HAN" Ya, pandai murid murid sekalian. Alkisah bermula masa aku pergi menjelajah negeri Perlis Indera Kayangan minggu lepas. Macam biasa lah, bas mesti akan berhenti di Bukit Gantang. Kalau dah turun tu, tempat pertama yang aku akan pergi ialah tandas! 3 jam setengah dalam bas mesti la terasa nak buat segala urusan.  Bila sampai je dalam tandas tu, mesti cari yang bersih. Malang sekali, tak ada yang bersih. Dalam hati aku ''desperate sangat ni wei, jangan memilih sangatlah" Terpaksalah juga aku masuk ke dalam satu cubicle. Urgh. Kotorlah. Tak lalu aku nak tengok. Habis semua urusan, aku pun cubalah bersihkan apa yang tak berkenan dihati. Tiba-tiba, ada sesuatu yang terdetik di hati. Kenapa rakyat Malaysia tak mahu menjaga kebersihan di tandas awam? Kau rasa tandas awam ni bukan kau yang cuci jadi

Power Bank Untuk Di Jual

Imej
Nah. Tajuk entry yang ringkas dan padat. Aku sekarang bukan setakat jual baju, malah menjual power bank. Sebenarnya, macam macam lagi aku jual. Aurawhite, Collagen plus Vitamin E bla bla bla..... Tapi aku cuma nak promote power bank pada entry ini. Powersey Power Bank 20000mAh Golf Mini Power Bank 2600mAh Mini Power Bank 2600mAh For further details, anda semua di jemput ke page Ara's Euphorian Atau tekan pada nama product tersebut. Happy shopping ya guys!

Khasiat Rumpai laut

Ini bukan testimoni sembarangan tapi testimoni yang boleh dipercayai paham.. Kira-kira dua bulan lepas, aku mula try makan pure marine collagen (PMC) Oh, ingin aku betul kan Rumpai Laut (tiada kolagen) Aku pakai yang kuning dulu, tapi sekarang dah upgrade pakai yang purple.. Cakap pasal bau dia, gilo. tak yah nak bau sangatlah. makan je. Kalau kau orang konsisten kau orang akan mengalami healing crisis. Aku cuma rasa sakit perut memulas. Memang terbaik aku cakap. Tapi, tak lama. Seingat aku dalam 2,3 minggu. Lepas tu aku perasan, perut aku sangat punctual. hahahaha Tak ada dah nak sembelit ke apa. Masa yang sama jugak, jerawat pasir keluar macam nak membersihkan dalaman ni.. Banyak whitehead keluar.. Aku bukan setakat makan, aku pakai jugak kat muka. Rajin la kan. Nak sangat repair balik muka ni. Berangan nak jadi macam kulit orang korea la.  semua ni pengaruh 8tv Tak nak la berjerawat sebab resdung lagi. Rimas gila kot. Dengan hidung berair semua. Makan ni dia con

Kulit Bebas Cela : Collagen Plus Vit E

Imej
**Updated. Saya tak pakai dah produk ni atas sebab sebab tertentu. Hah. Dah lama tak update, tup tup nak menaip pasal kecantikan. Confirm kau orang rasa aku ni dah buang tebiat. Hahahaha. Well, perempuan tak kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Aku perempuan jugak kalau kau orang lupa. Sejarah kulit muka aku memang sangat terrible. Jerawat batu lah, jerawat sebab resdung lah. Macam-macam kot. Then ok sebab guna ubat saranan doktor. Namun, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Masalah datang balik. Memang rasa stress. Macam-macam produk aku guna. Aku pun selalu cerita dalam blog ni. Jerawat aku mampu berleluasa semula. heh. Inilah dia penyelamat hidup aku. Berbajet kan kurang dari RM50. Kalau nak tempek ubat jerawat pun ok. Kalau kau orang baca post lama aku banyak mention T3 Mycin. Sabun dia seketul gitu kena potong sikit dan lebih tu pegi la simpan. Aku syorkan kau orang guna toner sebab benda alah ni agak susah nak tempek kalau

Fikir Fikirkan

Apabila manusia mula bercakap tentang mati, semua mengimpikan syurga. Tapi apabila mulut mula berkata-kata, bunyi hampir seperti celaka. Konon kitalah yang terbaik, tak pernah buat dosa. Hakikat kita semua serupa, jahil dalam keadaan berbeza. Sebelum kita nak menilai orang, kita nilai diri kita sendiri. "Ah, janji aku pakai tudung, dia tu tak pakai tudung. berdosa. mati masuk neraka." Pakai tudung tak tutup dada jantan banyak suka kan. "Orang macam ni setan. setan. setan." Kau la setan. Dok puja banyak kali tu apa cerita? "Pandai pulak kau sebut Allahuakbar, abah kau. pakai pun seksi" Bak kata Obefiend "Sebut Allahuakbar pun salah. Lain kali sebut Oh my Jesus Christ" "Kedai kain satu malaysia perlu menaja mereka yang berpakaian seksi" Aku rasa kau pakai t-shirt tangan pendek dengan tudung tu lebih afdal. "Kenapa post gambar kaki pakai selipar? Kaki itu aurat tahu tak? Oh aku tahu. Muka itik kau lebih comel

Dosa Tetap Dosa

Propaganda sungguh tajuk aku malam ni. Well, kalau dah tajuk lebih satu perkataan bermaksud banyak aku nak cakap. Rata-rata sekarang ni banyak telah menjadi ahli agama. Almaklumlah semua orang nak menuju ke syurga. Siapa tak nak, ye tak.? Tak kurang hebat yang suka bagi nasihat kat artis Malaysia ni. Sungguh perihatin kau orang semua kan. kan. kan. Artis kita perlu kain lah, terbukak sana lah, terbukak sini lah. Macam-macam hal lah artis kita ni buat. Bak kata Che Ta "Apa saya buat semua salah" (baca dengan nada marah) Hahaha. So, sekarang aku nak tanya. Kau orang semua suka tengok pelakon Hollywood tak? Suka kan. Siapa tak suka oii. Tambah lagi bila Channing Tatum pujaan hati ku. Hahaha. Ok, aku cuba fokus balik. Kalau cerita Hollywood tu, kebarangkalian untuk pelakonnya seksi adalah tinggi. Uishh. Bukan setakat terdedah. Tak pakai baju langsung pun ada. Pelakon lelaki ke perempuan ke. Kalu boleh semua nak tayang. Segala six packs, betis putih gebu.

ABPBH 2012

Ah. Tajuk direct je kan.? Lagi duit dibazirkan untuk artis. Kau tau kalau duit tu bagi kat orang miskin, mereka sure happy gila oi! Pahala. Pahala. Kenapa nak bagi duit pada mereka yang memang hidupnya agak senang? Habis tu yang miskin nak siapa nak tolong? Kat TV boleh keluar hulur kan bantuan bagi yang memerlukan, tapi duit yang riban tu bagi kat orang yang tak sepatutnya. Dunia. Dunia.

Pelancaran Kedai

Ahem. Dengan rasmi nya aku merasmikan pelancaran blogshop n FB shop.! Yahooooooooo! Ok. aku tak nak poyo banyak. Kau orang semua boleh la terjah atau window shopping kat sana. Kalau beli lagi of course lah bagus sangat sangat. Hahaha. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh datang blog ni jugak. Tuan tanah masih orang yang sama. Silakan - Ara's Euphorian               Ara's Euphorian FB Sekian untuk post 3 pagi hari ini.

Kelabu

Masih sendiri, terasa sepi disebalik dingin malam. Tak siapa mengerti, kesakitan yang menjadi kelam. Kelabu itu kekal misteri, diruang waktu yang kian mendalam. Kelabu tetap berdiri, diantara putih dan hitam. Aku dan kelabu simetri, mencari tempat walaupun suram.