Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Drama Tergantung..

Assalamualaikum dan selamat malam.. Ada siapa-siapa yang baru lepas tengok cerekarama kat TV3 tadi.? Atau pun drama kat TV1 pukul 9 tadi.? Apa pon, kedua-dua drama tu ending nya tergantung.. Haizzzzzzz... tensen saya tengok.. Yang TV1, ada orang kena tembak, tapi tak tau siapa.. Yang TV3 menangis kesedihan teresak-esak.. Hampeh... Kena buat conclusion sendiri ker.? Saya bukan pengarah drama tu.. Tukar channel cepat-cepat.. Sebelum tv kena tembak dengan machine gun.. p/s: lakonan eman manan memang best! (",)v peace no war~

Jose Sixto Dantes III

Imej
Assalamualaikum dan selamat malam.. Dah dinner belum.? Tanya orang.. sendiri pon belum makan lagi..hehe Kalau baca entry title mesti ade yang blur sikit kan.. Macam pernah dengar tapi di mana ya.? Hahaha.. ni nama sebenar kepada pelakon Filipina yang datang ke Malaysia.. Siapakah.? Siapa lagi kalau bukan DingDong Dantes, hero telenovela Endless Love.. Dingdong sampai ke Malaysia tengah hari semalam.. Hari ni jam 3.30-4.30 tadi dia di jemput untuk menjayakan Live Chat@TV3 Gigih saya tunggu dari kul 2.30 tadi.. Last-last semua soalan tak di jawab DingDong.. Mintak flying kiss pon tak dapat.. haihhhh Frustttt =P Apa pun boleh tengok apa yang Dingdong jawab sikit2 kat gambar ni.. Untunglah warga Ipoh yang dapat beramah mesra dgn Dingdong kat Jom Heboh esok.. Ok.. sesiapa yang pergi sila kirim salam sayang dari Senorita Ara kat DingDong yer =P p/s: muka DingDong iras-iras seseorang yang saya kenal lah.. hahahaha.. wuuuu~

Mereka Semua Segak!

Imej
Assalamualaikum dan selamat malam.. Tadi ada sesiapa tengok berita kat TV3 atau TV1.? Ada berita tentang Malam Pendekar Perhimpunan Pesilat Kebangsaan.. Event ni di adakan di Stadium Bola Seak, Cheras.. Fuhhh.. Ramai betul yang turun untuk menjayakan Malam Pendekar semalam.. Dikatakan sejumlah 3000 ahli dari Silat Cekak Malaysia telah menghadirkan diri.. Ehemmm... patut nya boleh tambah lagi seorang.. Tuan punya blog ini malang sekali tidak dapat pergi.. T_T Bila tengok gambar dan bingkisan di berita.. Mereka semua sangat segak! Tengok gambar, separuh stadium macam di dominasi oleh PSSCM.. Mantap lah.. Demo secara besar-besaran.. Syokkkkkkkkkkk... Saya sangat cemburu! huhuhu :'( Walauapa pun, Blue Black sangat bergaya :D                                              *ihsan gambar kawan punya ( Ridhuan Ghani ) :P p/s: dah jadi pekasam baju uniform yang ada nih.. :(

Crochet Works

Imej
Assalamualaikum dan selamat tengah hari.. Lama tak update.. huhu.. Agak busy kebelakangan ni.. Today just nak share gambar my crochet works.. p/s: ada yg interested nak order tak? :)

Chakde India

Imej
Assalamualaikum dan selamat malam.. Ada siapa tengok cerita hindustan hari rabu hari tu.? Lambat pulak nak buat review kan.. hehe.. Tak kisah laa.. :P Saya suka tengok cerita Chakde India ni.. Semangat kesukanan dan teamwork adalah antara mesej yang ingin disampaikan.. Tak lupa jugak semangat patriotik atau pun cintakan negara.. Shahrukh Khan sebagai Kabir Khan yang dulu nya dikatakan pengkhianat negara kembali ke arena hoki untuk menegakkan kembali maruah diri dan juga maruah negara nya.. Overall, cerita ni memang best, walaupun filem ini diantara yang tidak mempunyai lagu-lagu yang berguling-guling di atas padang bersama heroin yang cantik.. :P

Saya Confuse.?!

Imej
Assalamualaikum dan selamat petang.. Macam mana dengan hari anda.? Mesti ramai yang penat sebab baru balik kerja atau baru habis kelas.. Saya.? Kalau dah petang petang gini rumah mesti berkumandang lagu lagu dari Klasik Nasional.. Ni sebab nenek saya suka dengar tiap-tiap hari.. Kadang-kadang saya pun confuse, saya ni lahir tahun 60an kah.? 70an kah.? Hehehe.. Layan aje lah.. kalau hari dj yang best, lagu pun best.. :)

Lawak Ke.?

Assalamualaikum dan selamat petang.. Emosi betul tengok perangai orang-orang yang melawak tak kena dengan tempat.. Bukan lah sebab saya ni peminat artis tersebut.. Tapi kadang-kadang melawak sampai menjatuh kan air muka orang tu tak lawak pon sebenarnya.. Pasti kes ni dah semakin hangat diperkatakan.. Kira baik la artis tersebut dan sempoi je memberikan reaksi terhadap lawak yg tak seberapa ni.. Renungkan lah balik, kalau la gambar awak yang diperlakukan bagitu.. Agak-agak awak nak gelak ke nak naik angin.? Tepuk dada tanyalah iman..

That Awkward Moment......

Imej
Hahahaha.. siapa pernah jadi macam ni.. Saya selalu je.. setiap kali nak taip blog ni mesti tengok balik ejaan.. Tapi mesti rasa macam salah je apa yang saya eja ni.. :P