Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Patahnya Taring

Imej
Kelmarin......... Opah : Ya, Bobby tu  taring dia patah. Aku : Hah.? Macam mana boleh patah.? Opah : Dia makan apa la tu. Aku : Kan si Cotton bagi jatuh segala fridge magnet . Benda tu kan keras. Mesti Bobby try kunyah. Opah : Haa ye la kot. Aku : Kesian. Mesti sakit. Taring belah mana.? Opah : Sapa suruh dia kunyah. Yang hat bawah. Aku : Cotton la jahat. Opah : Depa memang semua jahat. Aku : .................................................... (-.-") Semoga cepat sembuh Bobby!

Testimoni Dipercayai

Tengah malam macam ni barulah ada idea nak menaip. Tiba-tiba je muncul. Ah. Layan aje lah kan. Nak dijadikan cerita semua ni bermula tengah hari tadi. Aku ni dok la sibuk menekan page kedai menjual barang kecantikan. Kan sekarang ni tengah hot produk memutihkan, mencerahkan, segala 'men' lah haa. Setiap kali aku tekan, gambar tu, gambar tu keluar setiap kali aku tekan. Balik-balik gambar tu, gambar ni, gambar si A,B,C. Kadang-kadang aku terfikir jugak, adakah benar gambar itu hasil penggunaan produk tersebut? Atau hanya propaganda semata-mata.? pergh ayat macam bagus sangat je. Haa.. yang stokis semua jangan pulak marah aku. Aku tak kata kau orang semua menipu. Cuma gambar tu je yang meragukan. Lain lah kalau produk tu ada dutanya tersendiri. Barulah sohih. Boleh dipercayai. Gambar lain tu macam tak perlu je la kan . Cadangan aku, sila guna produk yang anda jual. Sendiri cuba try test . Catatkan segala details perubahan yang berlaku pada diri sendiri. K

Ironi Kehidupan

Apakah yang di maksudkan dengan ironi.? Mengikut Kamus dewan Edisi ke-4 ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Penjelasan itu mungkin anda kurang faham. Untuk memudahkan anda semua, aku akan jelaskan. Ironi adalah sesuatu yang terjadi bertentangan dengan apa yang disangkakan dari hakikat yang sebenarnya. Pada masa kini, ibu bapa sangat takut jika anak mereka didedahkan dengan perhubungan seks. Bahkan, 'sex education' telah ditolak sebulat suara oleh kebanyakan penduduk Malaysia. Mereka takut jika anak mereka akan terjebak dengan gejala sosial yang semakin menular. Hakikatnya, jikalau kita lihat iklan di televisyen sekarang banyak iklan yang ditujukan khas untuk golongan orang dewasa di mana kebanyakan produk adalah untuk menguatkan hubungan intim suami isteri. Tak kurang hebatnya di dalam majalah dan juga di surat khabar. Jus perapat, payudara mantap da

Cerita Melayu Tipikal

Aha. Tajuk entry kali ni melebihi dari satu perkataan. Ternyata aku terfikir lebih banyak jugak kan.? Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan cerita melayu tipikal.? Untuk peminat drama atau drama bersiri macam aku  kau, mesti kau orang selalu tengok jalan cerita seperti yang berikut: (secara rawak) 1. Ayah/ Mak batuk Ni yang selalu kita tengok. Mula-mula tunjuk babak ayah atau mak dalam drama sakit berpanjangan. Lalu di susuli dengan adegan batuk batuk tanpa henti. Kemudiannya batuk berdarah. Kau fikir apa babak last yang kau orang akan tonton.? Ya. Kawasan perkuburan. Babak ini menunjukkan ayah/mak telah meninggal dunia. Jadi, watak yang batuk batuk = watak akan mati. 2. Orang kaya paksa anak kahwin. (penggabungan syarikat) Kekerapan dalam drama sekarang memang banyak. Mak bapak watak utama kaya raya Datuk, Datin, Tan Sri dan berbagai lagi. Satu hari mereka memaksa anak-anak mereka untuk berkahwin. Kononnya anak kawan baik mereka. Mereka yang berkawan, bukan anak

Banyak Fikir

Imej
Mesti ada yang pernah macam ni kan. Banyak fikir=rasa sedih=menangis/ bad mood Equation yang tak pernah lekang dari manusia. Yang best nya, Next day kita dah jadi okay balik. Pelik. Pelik. Kenapa lah kita manusia ni suka menyusahkan diri.? Semakin dekatkan diri dengan Pencipta, semakin terasa jiwa kita ni perlu diperbaiki. Jiwa perlu tabah menghadapi segala ujian mendatang. Bila diuji tandanya Allah sayang kita. Sabar, tenang, tabah. Yakin pada Nya.

Sombong

Ah sudah. Apa benda yang sombong.? Aku ke? Itulah pendapat sesetengah orang terhadap aku. Ye lah, mungkin sebab orang suka buat tanggapan sendiri. Tapi kalau kau dah kenal aku, agaknya kau takkan mengaku aku kawan kau. Hahaha.. Habis la aku sakat kau orang semua. Tapi, aku bukan nak cerita pasal first impression orang terhadap aku. Aku nak cerita pasal chatting . Ala, takkan kau orang tak pernah chatting .? Sekarang kan budak budak suka chat kat Facebook . "Jangan sombong tau" Itulah ayat yang paling famous aku selalu dapat. Ye lah. Ye lah. Tapi, aku tak semestinya akan layan chat kau. Aku sentiasa bukak Facebook aku. Sebab aku suka membazir elektrik  . Tak pun aku akan buat kerja lain contoh macam edit gambar. Siapa siapa yang mengharap sepenuh perhatian dari aku, memang aku susah sikit nak concentrate sebab banyak sangat benda kat desktop. Apa pun aku layan saja chat selagi tak annoying. Aku tak tau nak letak ke tak Facebook aku kat sini. Kau

Hitam

Kata orang kita ni ibarat kain putih. Boleh di corak ikut suka hati kau. Tapi, bagi aku aku rasa aku mula hidup aku dengan warna hitam. Ya, hitam. Bukan bermaksud hidup aku sering dirundung pilu, sedih dan seangkatan dengannya. maksud aku, aku mula hidup out of the ordinary. Lain dari yang lain. Contoh, Pemikiran aku. Pendirian aku. Kasut aku. Handbag aku. Tak ada kaitan. Ha ha ha. Cuma senang nak matching jika berwarna hitam. Kalau orang lain soalannya "Boleh ke begitu?" Soalan aku mesti macam ni "Kenapa tak boleh?" Kalau orang lain kata "Jangan" Aku mesti buat jugak. Pendek kata, aku tak suka pemikiran aku disekat. Kalau aku tak sama macam orang lain, mesti dapat satu pandanga yang semacam tu. Ha ha ha. Aku dah biasa. So, mesti persoalan kau, kau dan kau. Ye, kau yang sedang baca blog aku ni. Macam mana aku mewarnai hidup aku ni. right? Aku warnakan dengan kawan-kawan. Ala, member bahasa b

Kerja

Makan gaji atau kerja sendiri.? Aku sentiasa rasa hidup makan gaji ni tak menarik. Kau fikir macam mana? Aku suka usaha buat sesuatu. Ye la. Sesuatu. Menghasilkan sesuatu. Dapat merasa kepuasan. Puas hati. Seronok tahu. Budak budak sekarang panggil "syok" Ha ha ha. Betul la. Aku dari kecik pemikiran macam ni: Belajar bagus, kerja bagus, gaji bagus. Kerja apa? Aku tak pernah spesifik. Apa pun boleh. Jalan saja. Yang penting aku betul betul minat. Menangis air mata darah pun tak kisah. Bagi 200% bila buat kerja. Silap silap boleh taksub bekerja. Tengok lah macam mana.

Penghargaan

Kau pernah tunjuk kau hargai orang? Tak pernah? Kau cuba try test satu hari. Orang itu pasti akan berasa terharu. Kau cakap kau sayang, kau cinta. Tapi, ibarat menanam tebu dipinggir bibir. Hah. Kau tak paham.? Manis berpanjangannnnnnnnnn. stop. Kau cakap kau sayang. Tapi boleh kau tolong, berhenti buat dia menangis. berhenti buat dia kecewa. berhenti buat dia terseksa. Kalau dah boleh buat satu hari. Try la konsisten. Tak susah. Rokok boleh hisap setiap jam. Takkan tak boleh tunjuk penghargaan seminit pun.? Sayang. Cinta. Kucing aku kalau pandai cakap, dia pun boleh cakap dia sayang aku. Tapi aku manusia yang memerlukan bukti. Apakah tandanya kau sayang aku wahai kucing.?! Hargai orang yang kau sayang. Kalau kau sia-siakan, kau memang bodoh. Tak reti bersyukur.

Tiada Apa Apa

Hari ni idea melimpah ruah. Seronok. Teruja pulak aku. Aku tulis je. Janji tertulis. Kalau simpan mesti hilang punya lah. Aku suka menulis. Tambah lagi bila keluar ayat sasterawan hikayat pujangga. Rugi kalau tak di kongsi. Aku suka berkongsi. Tak kisah ada pembaca atau tidak. Dulu mungkin aku fikir begitu. Sekarang tidak lagi lah. Chillax...... Dulu aku mencari ruang. Tulis macam macam. Dengan harapan orang membaca. Nak banyak follower konon. Sekarang aku fikir. Biar la orang datang dengan rela. Penat kalau aku asyik nak promote. Semak. semak. Otak semak. Kalau suka, kongsi. Kalau tidak, jangan. Jangan apa? Jangan mengeji. Berdosa oii. Mati masuk neraka. Eheh.  Terima kasih.

Cantik

Perempuan. Semua nak cantik. Aku? Kulit bersih, bebas anasir itu wajib. Putih. Aku dah putih. Tak tahu la kau orang. Gelap. Kenapa tak cantik? Aku suka tengok kepelbagaian warna. Perempuan. Cantik untuk diri atau cantik untuk orang? Aku? Untuk diri. Aku penghidap OCD. Obsess untuk kepuasan diri. Kau.? Untuk suami. Maya Karin lagi diceraikan. Cantik. Hot stuff. Tak paham aku. Cantik itu subjektif. Jutaan mengejar kecantikan. Lupa yang pasti. Mati. Dah mati kalau masih lagi cantik, itu bagus. Tandanya banyak iman di dada.

Hidup Jangan

Hidup jangan sedih. Nanti hati akan pedih. Kau boleh pilih. Nak hidup hitam atau putih. Hidup jangan gentar. Walau telah tercalar. Kelak ego pasti tercabar. Yang lurus bagai pelantar. Hidup jangan mengalah. Tapi perlu tahu rasa bersalah. Hanya mereka yang telah. Boleh membezakan apa yang salah. Hidup jangan egois. Semua orang ada suis. Sekali dipetik pasti terguris. Jangan sampai ada yang menangis.

Janggal.Pelik.Jelik

Janggal. Pelik. Jelik. Tak ada siapa yang tahu. Bila orang berkata "Boleh ke begini?" Pasti aku berkata "Kenapa pulak tak boleh?" Persepsi manusia : Ala. Tak payah la. Menyusahkan diri je. Nanti tak pasal pasal je. Persepsi aku : Pertahankan hak. Pertahankan kepercayaan. Pertahankan maruah.. Itu penting paham. Terputus. Terhenti. Idea hilang. Inspirasi hilang. Hah datang dah. Jangan rasa orang tu lain dari yang lain kau orang pergi boikot dia. Kalau semua orang sama, memang seronok. Malaysia eh dunia adalah tempat yang selamat untuk dihuni. Siapa rasa mentaliti orang macam ni pelik. Aku turut merasakan anda itu jelik. Janggal. Pelik. Jelik. Tiada noktah. Berterusan dengan perjuangan.

Malu

Malu. Ya. Aku malu. Malu dengan cara aku menaip. Banyak singakatan. Dulu mengata orang taip macam rempit. Kau tengok tulisan aku dulu. Rasa nak muntah. Penat nak tengok. Kau gila nak betul satu satu? Ahh.. pedulikan. Sebagai pedoman untuk menulis dengan lebih baik. Maaf sebab kata ganti diri berubah. Saya menjadi aku. Lebih selesa begitu.

Aku, Kau, Saya, Dia

Penat aku baca blog ni dari awal sampai akhir. Aku jumpa. Saya bukan aku. Aku adalah Aku. Apa benda yang aku cari sebenarnya? "Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks" Penat aku dengar lagu ni. Dengar berkali-kali. Sekarang aku faham. Aku tersedar. Aku dah jumpa. Jumpa apa yang aku cari. Aku tinggal diri aku yang lama. Hanya semata-mata nak fit in dunia maya. Aku tak mampu, tak larat. Sekali lagi terjerumus untuk fit in . Ibarat kembali ke sekolah semula. Aku adalah aku. Aku bukan Saya. Penat aku cari. Tuhan temukan Aku dalam Saya. Saya itu tiada. Hanya topeng di alam maya. Topeng untuk manusia. Aku penat. Mencari diri. Tuhan tolong aku. Aku buntu. Aku keliru. Sekali lagi mencari. Aku jumpa aku. Aku tidak menerima aku. Aku cuba menjadi saya. Hanya untuk penerimaan manusia. Aku adalah aku. Dan hanya Kau yang tahu. Pemilik nyawa Ku. Bawa saya pergi. Tinggalkan aku. Iman ku. Hanya Kau dan aku tahu. Aku penat.

Muhasabah Diri

Dua, tiga, empat lebih kurang dalam seminggu ni.. Aku banyak buat muhasabah diri.. Perlu mengenal baik buruk diri sendiri.. Mana yang tak elok tu, hendak lah di jauhi.. Cuba untuk memperbaiki kelemahan diri.. Aku sedar banyak sangat kelemahan diri ni.. Dan kalau boleh aku tak ingin kembali ke masa lampau.. Banyak sangat yang pahit untuk ditelan.. Sekarang ni aku cuma boleh banyak banyak kan berdoa.. Berdoa suapaya tidak kembali ke zaman kegelapan tersebut.. Bila dikenangkan memang sedih.. Tapi apakan daya, semua telah terjadi.. Aku harus redha dan terima segala ketentuan.. Aku ingin memulakan jiwa yang baru.. Jiwa yang bebas dari sifat-sifat yang merosakkan diri sendiri.. perjuangan memerlukan pengorbanan.. walaupun perit dilalui namun dengan adaNya disisi, tiada apa yang mustahil