Cerita Melayu Tipikal

Aha. Tajuk entry kali ni melebihi dari satu perkataan.
Ternyata aku terfikir lebih banyak jugak kan.?

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan cerita melayu tipikal.?

Untuk peminat drama atau drama bersiri macam aku kau,
mesti kau orang selalu tengok jalan cerita seperti yang berikut:
(secara rawak)

1. Ayah/ Mak batuk
Ni yang selalu kita tengok.
Mula-mula tunjuk babak ayah atau mak dalam drama sakit berpanjangan.
Lalu di susuli dengan adegan batuk batuk tanpa henti.
Kemudiannya batuk berdarah.
Kau fikir apa babak last yang kau orang akan tonton.?
Ya. Kawasan perkuburan. Babak ini menunjukkan ayah/mak telah meninggal dunia.
Jadi, watak yang batuk batuk = watak akan mati.

2. Orang kaya paksa anak kahwin. (penggabungan syarikat)
Kekerapan dalam drama sekarang memang banyak.
Mak bapak watak utama kaya raya Datuk, Datin, Tan Sri dan berbagai lagi.
Satu hari mereka memaksa anak-anak mereka untuk berkahwin.
Kononnya anak kawan baik mereka.
Mereka yang berkawan, bukan anak mereka, tak pernah jumpa pun.
Dengan kejayaan perkahwinan, maka penggabungan syarikat kedua dua belah pihak akan terjadi.
Gila kuasa dan harta sampai menggadaikan kebahagiaan anak sendiri.

3. Minta orang lain jaga/kahwin dengan pasangan (suami/isteri)
Ah, yang ni pun tak kurang hebat.
Kononnya si isteri dah nazak nak mati membuat permintaan kat adik, kawan, calon sendiri,
untuk berkahwin dan menjaga suami serta anak.
Macam orang tu tak ada teman atau kekasih hati.
Senang senang suruh orang berkorban untuk kau.
Dah nak mati tu mati je la kan. ha ha ha


Bila la nak buat jalan cerita lain dari yang tipikal.?

Kalau kau rasa ada lagi kau boleh bagi tahu aku.


Ulasan

Catat Ulasan

Tulis dan kongsikan fikiran anda.

Catatan popular daripada blog ini

Crochet Works

Petua

Jose Sixto Dantes III