KONGSIKAN BLOG INI

KONGSIKAN BLOG INI

facebook icon2 twitter icon2 pinterest icon google plus icon email icon

Rabu, 19 Februari 2020

Kisah Terseliuh Lutut Yang Dahsyat

Hai readers!
Lama betul tak blogging. I guess last post tahun 2014? memang sengaja buat dek je kat blog ni.
Like 6 years seriously? Pemalas gilakan? Kerja aku asyik baca blog orang lain je.
My current favourites blogger is Iman Abdul Rahim. Sebab dia banyak product review and blog dia warna pink. Suits her well yang lemah lembut ayu. Iman banyak tips kecantikan yang aku sendiri follow.

*tetttt*
So, sebenarnya aku nak cerita la cerita yang tak berapa sedih tapi menyakitkan.
Guess what? Aku terseliuh lutut! ye lutut. Orang terseliuh buku lali, aku terseliuh lutut.
Lepas pergi check doktor, doktor cakap most probably ligament fracture. Ligamen kau koyak?! What? Ye. Disebabkan ligamen tu koyak la lutut jadi bengkak semacam.
*pengsan*

Mula-mula tu memang sakit dan bengkak besar. Lama-lama dia surut. Surut je la kan.
Boleh la jalan sikit tanpa tahan sakit. Cuma jalan tu kena angkat kaki yang sakit ni.
Sekarang ni cuma rasa macam kena tarik tegang. Nak lurus tak boleh. Nak bengkok pun tak boleh.
Bila tidur satu penyiksaan. Kalau senget sikit je boleh terjaga dari tidur.
Doktor cakap akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh 3 hingga 4 bulan.
*krik* *krik

Apoooo lama baru baik. Bosan asyik duduk saja. I miss doing stuff like house chores, kejar kucing. eh. hahaha
Right now blogging ni pun kaki kena melunjur dan lapik dengan bantal sebab nak tinggi kat bahagian belakang lutut.
Kucing aku pulak dok duduk hujung kaki dan golek sekali dengan kaki aku golek.
Adoila mati la nak. Kaki aku sakit la meow oiiii. Yang dok suka jilat kaki pun ada. Entah apa perangai.

I will update more on my healing process sebab lepas ni kena pergi buat physio.
Hanya pakar yang boleh tolong luruskan balik kaki ni.
Tengok la macam mana kan puasa pun dah nak dekat.
*tak seriusnya kau nak sembuh*


Ara Nadea Shaharudin

Khamis, 27 Mac 2014

Product Review : Ayla Myra Stem Cell Peptide Serum

Assalamualaikum dan selamat malam wahai pembaca.
Cewahh. Panjang benor intro nya. Haha.
Ok lah aku pun takde apa nak bebel sangat pun.

Malam ni aku nak review satu produk ni.
Aku dah pakai dari bulan November 2013.
Tapi on off je pakai.
Tapi start bulan 12 aku try konsisten pakai.

Apakah produk itu?
Ni dia..
Taraaaaa...
AylaMyra 1






















Ni dah habis pakai. Bukti tau.. hahaha
Sebotol hilang sebab bagi kat mak aku.
Mak pun nak try. Hihi

Nama brand produk ni Ayla Myra.
Dia sebebarnya serum muka.
Ada macam macam jenis.
Tapi aku beli yang Stem Cell Peptide Serum.
Sebab aku nak fokus kan utk parut berlubang.

Serum ni jenis sapu. Tak yah inject bagai.
Sapu 2 kali sehari lepas pakai toner.
Lepas sapu serum baru pakai moisturizer.
Tak berminyak, tak melekit, dia terus absorb dalam kulit.

Dalam tempoh 3 bulan aku pakai ni
Ada banyak la perubahan.
Muka aku tak nampak open pores sangat.
Kiranya nampak sekata la. Tak nampak sangat lubang lubang tu.
Kulit aku pun tak berminyak sangat.

Kulit pun lembut. Nampak mcm berkilat sikit.
Dan kalau close up, aku nampak parut muka aku yg berlubang tu tak teruk sangat.
Hampir nak rata. Hampir la.
Tapi tiba-tiba stok habis. Wakakaka :p
Tak mampu pulak nak sambung beli.

Kalau nak tahu ingredients boleh pegi ke website (updated: website dah tidak wujud. produk pun dah tak ada. 2020)
Nak beli situ pon boleh

Aku beli RM80 termasuk postage dari igshop atie_beauty_solutions.
Saje seronok nak beli kat ig seller ni.

Last but not least my picture.
Maafkan sebab nampak selekeh.
Yang sebelah kiri tu korang boleh nampak open pores aku. -__-
Walaupun kulit aku bersih tapi parut, open pores semua jelas.
Yang kanan tu haa. Ok sikit kan. Nampak sekata.
Tapi ada jerawat hahahaha. Piyed masa ni. Ampunkan saya.
AylaMyra Testimoni



Ara Nadea Shaharudin



Ahad, 16 Februari 2014

Product Review: Elvyra Envy Coffee

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.
Hari ni aku nak buat review tentang produk minuman collagen.
Ni adalah first time aku cuba minuman collagen.
Tup tup terus beli yang perasa coffee.
Walaupun aku tak berapa suka kopi.
Sebenarnya mak aku yang beli.muehehe
Tapi mak aku on medication so dia pass kan Elvyra ni kat aku.
Elvyra1
Elvyra2

Boleh tengok bahan-bahan kat gambar.

Dari segi rasa, boleh la. Rasa coffee tu tak overwhelming sangat. 
Tekak aku boleh terima.
Aku minum pagi, masa sarapan.
So sekarang aku dah minum selama 20 hari lebih kurang.
Sebotol tahan dalam tempoh tu la.
Cuma campurkan 2 scoop dalam secawan air panas.
Dan jangan lupa kena minum air kosong 2-3 liter.
Aku minum air setiap sejam.

Kesan kat aku?
Yang ni memang aku puas hati.
Mula mula aku pun macam tak percaya.
Masa dok belek belek tangan aku, sekali aku rasa macam shining shining pulak tangan aku.
Aku tenyeh tenyeh ingat basah ke apa, ehhhh..
Rupanya kulit aku glowing lahhhh.
Muka aku pun sama.. suka nya hati ku ^_^
Serius oii.. kalau tak macam cerah je la tapi tak glowing.
Elvyra Testimoni

Yang aku paling suka pasal Elvyra ni.
Perut aku memang sangat sihat.
Sebab ada habbatussauda kan.
Habbatussauda dapat membantu masalah pencernaan.
Aku pun selalu ada gastrik lah, angin lah.
So sikit sikit dia jadi ubat yg bagus utk aku.

Kalau nak cakap pasal sinus aku,
Kalau pagi tu hidung aku gatal gatal, 
Lepas breakfast minum Elvyra dia lega sikit.
Tapi petang petang sikit gatal balik.
Dah kena minum 2 kali sehari pulak.
Hehehe.
Sinus aku memang dah kronik pun.
So abaikan je.

Overall, aku sangat puas hati dengan Elvyra Envy Coffee.
Harga? Murah je RM58 sebotol. 
2 botol utk sebulan RM116. 
Tapi harga posting lain utk 2 botol okay..
Murahkan????
Posting RM6 SM RM9 SS
Boleh beli dari aku.
Aku buat dropship utk produk ni.
Masuk instagram aku *aranadea* utk buat pembelian 
Tak pun fb aku /AraNadea.
Tak pun komen kat bawah..



Ara Nadea Shaharudin



Selasa, 21 Januari 2014

Product Review: D'Herbs Syampu Super Lebat dan Krim Herba

Assalamualaikum.
Lama benor tak update blog ni.
Rindu jugak untuk buat product review.
Walaupun dah hampir habis digunakan. Hahaha
Ok ok.
Kita kurangkan intro dan teruskan dengan review.
Haa. Produk ni aku guna tahun lepas.
Bulan 10 atau 11 kalau tak silap.
Syampu super lebat ni wangi sangat!
Lepas syampu rambut jadi lembut je.
Excited jugak reaksi aku.
Tapi. Tapi tapi....
Malangnya masih tidak mampu untuk menangani masalah rambut gugur.
Maybe aku guna sebotol je kot.
Rasa nak beli balik. Nak tengok macam mana pulak.
Krim super lebat pulak memang best.
Wangi. Kucing aku kat luar bilik pun terbau sekali.
Hahaha
Krim ni sapu kat kulit kepala.
Rasa sejuk dan fresh je :D
Aku ada try jugak sapu kat kening, bagi lebat.
Hehehe. Tak payah nak mekap tang kening.
Overall, aku bagi 4/5.
Kalau dapat kurangkan masalah rambut gugur lagi bagus.
Sesiapa yang nak beli, boleh beli kat toko jamu.
Harga:
Syampu Super Lebat  RM25
Krim Super Lebat RM28.90
Kalau kau orang bertuah boleh dapat diskaun.