Epilog Puisi Kelabu: Mengejar Bayang Mu

Aku masih sendiri
Kerana aku masih mencari.
Wajah mu yang kian menyepi.
Tiada lagi kelibat tawamu yang menyeri.

Aku masih sendiri.
Mengejar bayang mu yang tiada henti.
Aku tangisi setiap malam diselangi mimpi.
Mimpi indah yang telah pergi.

Aku masih sendiri.
Sendirian aku berdiri disini.
Diatas paksi yang simetri.
Bayangan kelabu seolah memerli.

Aku masih sendiri.
Kerana dirimu tiada ganti.
Aku masih harus harungi.
Menyayangi mu tanpa terpatri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Crochet Works

Petua

Jose Sixto Dantes III