Meownifesto

Andai aku adalah sebuah parti yang bertanding maka manifesto aku akan berbunyi lebih kurang begini:
Haiwan liar akan mempunyai tempat perlindungan yang mencukupi bagi menjaga hak mereka sebagai makhluk Tuhan di Bumi ini. Selain bertangungjawab terhadap manusia, haiwan juga harus diutamakan.
Sekian terima kasih.

Aku cuma copy paste dari status terbaru di facebook aku.
Pemalasnya aku kan. hahaha.

Tapi, itu bukan isunya disini.
Aku nak cuma nak tanya, kenapa tiada yang ingin menjaga haiwan-haiwan liar yang ada di Malaysia ni?
I mean, kau orang semua ada baca article dari negara luar di mana government nya sangat perihatin terhadap haiwan-haiwan liar.
Siap ada NGO khas bahagian haiwan.
Eh, kat Jepon siap letak rumah kucing kat taman untuk tempat bersantai kucing liar okay.!
Makanan, air, semua adalah. Terjaga kucing-kucing tu.
Hal ni berikutan kes tsunami tahun 2011.
Gila punya semangat.
Tak kurang hebat kat Turki (kalau tak silap.)

Bukan setakat kucing, aku rasa anjing liar dan segala apa yang liar pun perlu dijaga.
Buat la macam tempat khas yang selesa untuk menjaga haiwan-haiwan liar ni.
Aku rasa mesti ramai yang nak volunteer jaga. (aku mesti nak join jugak)
Rakyat Malaysia kan suka haiwan.
Sebab tu la kita suka bela haiwan peliharaan.


Kat Malaysia ni setakat ada SPCA tu.
Aku tengok tempat tu dah la cinonet je.
Mana boleh nak sumbat semua.
I am still waiting for the government to do something.
Tapi bila aku dah kaya raya (gila berlagak) aku mesti buat untuk haiwan.
Sebab apa? Sebab haiwan ni tak tahu apa-apa.
Hanya menumpang kasih, mengharapkan simpati manusia.



Ayuh, marilah kita menjadi masyarakat yang penyayang! :)





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Crochet Works

Petua

Jose Sixto Dantes III