Catatan

Kisah Terseliuh Lutut Yang Dahsyat

Hai readers! Lama betul tak blogging. I guess last post tahun 2014? memang sengaja buat dek je kat blog ni. Like 6 years seriously? Pemalas gilakan? Kerja aku asyik baca blog orang lain je. My current favourites blogger is Iman Abdul Rahim. Sebab dia banyak product review and blog dia warna pink. Suits her well yang lemah lembut ayu. Iman banyak tips kecantikan yang aku sendiri follow. *tetttt* So, sebenarnya aku nak cerita la cerita yang tak berapa sedih tapi menyakitkan. Guess what? Aku terseliuh lutut! ye lutut. Orang terseliuh buku lali, aku terseliuh lutut. Lepas pergi check doktor, doktor cakap most probably ligament fracture. Ligamen kau koyak?! What? Ye. Disebabkan ligamen tu koyak la lutut jadi bengkak semacam. *pengsan* Mula-mula tu memang sakit dan bengkak besar. Lama-lama dia surut. Surut je la kan. Boleh la jalan sikit tanpa tahan sakit. Cuma jalan tu kena angkat kaki yang sakit ni. Sekarang ni cuma rasa macam kena tarik tegang. Nak lurus tak boleh. Nak bengko...

Product Review : Ayla Myra Stem Cell Peptide Serum

Imej
Assalamualaikum dan selamat malam wahai pembaca. Cewahh. Panjang benor intro nya. Haha. Ok lah aku pun takde apa nak bebel sangat pun. Malam ni aku nak review satu produk ni. Aku dah pakai dari bulan November 2013. Tapi on off je pakai. Tapi start bulan 12 aku try konsisten pakai. Apakah produk itu? Ni dia.. Taraaaaa... Ni dah habis pakai. Bukti tau.. hahaha Sebotol hilang sebab bagi kat mak aku. Mak pun nak try. Hihi Nama brand produk ni Ayla Myra. Dia sebebarnya serum muka. Ada macam macam jenis. Tapi aku beli yang Stem Cell Peptide Serum. Sebab aku nak fokus kan utk parut berlubang. Serum ni jenis sapu. Tak yah inject bagai. Sapu 2 kali sehari lepas pakai toner. Lepas sapu serum baru pakai moisturizer. Tak berminyak, tak melekit, dia terus absorb dalam kulit. Dalam tempoh 3 bulan aku pakai ni Ada banyak la perubahan. Muka aku tak nampak open pores sangat. Kiranya nampak sekata la. Tak nampak sangat lubang lubang tu. Kulit aku ...

Product Review: Elvyra Envy Coffee

Imej
Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ni aku nak buat review tentang produk minuman collagen. Ni adalah first time aku cuba minuman collagen. Tup tup terus beli yang perasa coffee. Walaupun aku tak berapa suka kopi. Sebenarnya mak aku yang beli.muehehe Tapi mak aku on medication so dia pass kan Elvyra ni kat aku. Boleh tengok bahan-bahan kat gambar. Dari segi rasa, boleh la. Rasa coffee tu tak overwhelming sangat.  Tekak aku boleh terima. Aku minum pagi, masa sarapan. So sekarang aku dah minum selama 20 hari lebih kurang. Sebotol tahan dalam tempoh tu la. Cuma campurkan 2 scoop dalam secawan air panas. Dan jangan lupa kena minum air kosong 2-3 liter. Aku minum air setiap sejam. Kesan kat aku? Yang ni memang aku puas hati. Mula mula aku pun macam tak percaya. Masa dok belek belek tangan aku, sekali aku rasa macam shining shining pulak tangan aku. Aku tenyeh tenyeh ingat basah ke apa, ehhhh.. Rupanya kulit aku glowing lahhhh. ...

Product Review: D'Herbs Syampu Super Lebat dan Krim Herba

Imej
Assalamualaikum. Lama benor tak update blog ni. Rindu jugak untuk buat product review. Walaupun dah hampir habis digunakan. Hahaha Ok ok. Kita kurangkan intro dan teruskan dengan review. Haa. Produk ni aku guna tahun lepas. Bulan 10 atau 11 kalau tak silap. Syampu super lebat ni wangi sangat! Lepas syampu rambut jadi lembut je. Excited jugak reaksi aku. Tapi. Tapi tapi.... Malangnya masih tidak mampu untuk menangani masalah rambut gugur. Maybe aku guna sebotol je kot. Rasa nak beli balik. Nak tengok macam mana pulak. Krim super lebat pulak memang best. Wangi. Kucing aku kat luar bilik pun terbau sekali. Hahaha Krim ni sapu kat kulit kepala. Rasa sejuk dan fresh je :D Aku ada try jugak sapu kat kening, bagi lebat. Hehehe. Tak payah nak mekap tang kening. Overall, aku bagi 4/5. Kalau dapat kurangkan masalah rambut gugur lagi bagus. Sesiapa yang nak beli, boleh beli kat toko jamu. Harga: Syampu Super Lebat  RM25 Krim Super Lebat RM28.90 Kalau kau orang...

Seekor Meow Gemuk Yang Sedih

Imej

Kulit Yang Sihat Impianku

Imej
Ini adalah keadaan kulit muka aku sekarang. Terima kasih kepada SF Beauty, Collagen Plus Vitamin E & T3 Mycin. Cuma tinggal parut berlubang dan jerawat pasir sikit. Anda bagaimana? Sudah mencuba produk tersebut? Ini cik penulis punya gambar. Sila mintak kebenaran utk buat testimoni.

Product Review : D'Herbs Set Lunas R'sdong

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Ecewah. kau bajet pembaca berita ke cik kak? hahaha Take note bahawasanya tidak akan ada gambar buat sementara waktu ini. Alasannya kerana internet aku lembab tahap siput! Ye siput! tapi aku rasa siput pun lagi laju. (-.-") So, berbalik kepada topik kita pada hari ini, Aku nak review produk D'Herbs Set Lunas R'sdong. Satu set mengandungi ubat kapsul 40 biji, sabun cuci muka dan bedak berherba. Untuk permulaan opah aku syorkan untuk ambil pil tu sebiji sehari. Sebabnya takut badan aku terkejut ambil herba. Kang naya je. Herba kan panas. Walaupun ambil sebiji je, aku mesti minum 2 liter air sehari. Membantu untuk menyingkir apa yang perlu. First 10 hari ambil sebiji sehari, lepas tu 2 biji sehari sampai habis. Mula-mula tu rasa gatal mata, hidung, telinga. Stress gila oi! Ingat tak bagus pulak produk ni, tapi aku sabar. Makan sampai habis. Sekarang ni dah 20 hari aku ambil. Hidung, telinga mata dah kurang gatal. Oh...

Neraka Wail Bagi Orang Solat

Assalamualaikum dan selamat malam.. Sejak dua menjak ni aku selalu lepak library.. Haha.. jangan terkejut, aku ni cume malas nak balik rumah bila gap antara kelas 2jam.. So, tak tahu dah nak lepak mana lepak je la library.. Aku ni suka la jugak membaca, tapi lau macam novel tu kurang sikit laa.. Bukan ape, abstract sangat ayat dia bak kata Pak Su aku.. hahaha Lain la kalau best jalan cerita dia, especially yang romantic comedy..

Kulit Bebas Cela : My Beauty Journey

Petang hari gini teringat pulak aku nak taip pasal beauty journey aku. Beauty journey lah sangat. heh. Matlamat aku bukan nak vogue de vass macam Che Ta. Cuma nak kulit aku ni bebas dari jerawat dan clogged pores. Kejadah clogged pores tu? Pori tersumbat lah sayang-sayang. So, aku cuma akan bagi simplified version of my beauty journey. Sonang nak membacanya kemudian hari. Semester 1 Tahun 2007. -Keadaan kulit berjerawat kerana kulit sensitif dengan keadaan air di kolej. -Guna satu set Eucerin mak aku beli. -Guna toner T3-saja beli tanpa sebab. haha. -Hasil: Tiada perubahan. Semester 2 Tahun 2008 -Keadaan kulit masih berjerawat. pfft. -Guna produk Leesa Formula dan bedak berubat sebab masalah resdung dan jerawat. -Hasil : Resdung kurang. Jerawat masih ada. Semester 3 Tahun 2008 -Keadaan kulit berjerawat. -Pergi klinik keluarga kat Ipoh. Dr. Chin perkenal produk Florentina Fiona dan T3 Mycin. -Hasil : Masalah jerawat selesai. Perut jerawat pudar. Perut berlubang ya...

Salam Aidilfitri 2013 Dari Saya

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Lama benar tak update blog, tau-tau je dah hari raya.. Nampak benar pemalas tuan blog ni kan.. hahaha Apa pun, aku ingin memohon maaf jikalau aku ada tersalah taip, mengingung perasaan atau seangkatan dengannya.. Marilah kita mulakan lembaran baru dalam kehidupan kita dan jadikannya lebih bermakna.. Kekal positif dan berjiwa bersih tanpa perasaan marah atau hasad dengki atau apa sahaja yang mampu merosakkan diri kita dan sesama insan yang lain. Aku harap semua berbahagia disampaing keluarga tercinta pada hari raya ini.. Kirim salam lah kat mak, ayah, adik beradik, sahabat andai kau orang semua nya.. Selamat ber'rumah terbuka' lah kau orang.. Aku dok rumah je.. duit raya pun tak dapat.. :p This is me. *kulit bersih di pagi raya.. matlamat tercapai!!! feeling orang korea.. sila muntah... :P *spray biru dibelakang digunakan untuk menjaga perangai kucing aku yang suka menghuru-harakan rumah yang telah dihias.. *rokok dan blackbe...

Muzik.

Imej
Pernah tak kau orang rasa sedih bila dengar muzik. Yes. Just plain music. Kau tak dengar sangat lirik. Tapi muzik dia buat hati kau orang boleh hancur luluh. Ini semua terjadi apabila aku terjebak dengan cerita korea Dong Yi. Walaupun aku tak faham lirik dia, tapi aku tahu yang lagu tu sedih itu je. Bila dengar muzik tu, rasa macam sebak gila. Adakah muzik mampu bagi kesan terhadap diri kita? Yang boleh masuk ke dalam hati kita dan mengeluarkan segala kesedihan dan rahsia yang terpendam. Hmmmm....... Ke macam mana? Now watching episode 46

Darwisyh et Darwisyah

Imej
Mungkin nama itu agak pelik bagi kalian.. Tak apa. Anda boleh menjengah ke Facebook Darwisyh et Darwisyah  SINI Bagi yang mencari pengisian jiwa dan rohani, anda boleh lah bersama-sama menyertai kami. Banyak aktiviti menarik. Usrah, kelas bahasa perancis, dan lain-lain. Oh ya, pakaian juga ada dijual bagi yang suka membeli. This is a simple promotional video made by the owner Mrs Tantyana Humaira. (She's my 'dua pupu') Very pretty lady. Do support Darwisyh et Darwisyah!

Cantik Di Mata Hati

Warkah dari ku buat mu wahai wanita,  Cantik itu hanyalah suatu perkataan Kerana kecantikan paras rupa hanyalah senipis kulit, Kebangaan diri mu itu bersifat sementara, Ibarat bunga yang mekar namun layu juga akhirnya. Cantik itu jangan hanya lihat di mata. Lihat juga dari mata hati yang kecil Kerana kecantikan abadi terletak pada jiwanya. Jiwa yang bersih dan taat pada Pencipta Nya.

Aku Terkilan.

Malam semalam macam biasa aku tidur lambat. Menghadap Facebook yang semakin sepi. Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian ku di timeline. Al kisahnya, ada lah seorang hamba Allah ni. Ingin menasihati seorang gadis yang upload aksi Gwiyomi nya di laman sosial tersbut. Permulaannya cukup indah, dan aku meneruskan pembacaan. Namun, aku sangat terkilan dan terkejut. Sebuah nasihat akhirnya bertukar menjadi mengaibkan gadis tersebut. Hamba Allah ini terus tag rakan rakan lelakinya di video gadis tersebut. Aku kasihan kan gadis itu. Kesalahan sekecil itu tapi di serang sebegitu teruk. Apa yang lebih membuat aku terkilan adalah, Hamba Allah itu sangat terkenal di alam maya. Cukup terkenal kerana hasil penulisan yang tiada cacat celanya. Aku ingin mengingatkan para ilmuan di luar sana. Anda memiliki ilmu yang lebih dari kami ini tetapi cukup jahil untuk membezakan menasihati dan mengaibkan. Maka betullah kata ahli bijak pandai, tiada manusia yang sempurna. Hamba Allah ...

Terlalu Handsome Juga Masalah

Kelakar pulak entry aku pagi ni. Sebab aku dok layan pen patah.com entry dia tajuk Lelaki Diusir Kerana Terlalu Handsome. Kesian kat mamat arab tu. Hanya kerana terlalu handsome. Pak pak arab tu terasa tercabar dengan dia. Kalau perempuan boleh la pakai purdah bila terlalu cantik. Lelaki yang terlalu handsome macam mana pulak? Aku tengok gambar mamat tu boleh la. Muka bersih suci. Berjambang. Kalau kau suka arab, maybe ini pilihan hati kau orang semua kot? Aku jarang la nak dengar lelaki puji lelaki lain. Exceptional bagi golongan gay. I mean, straight guys, kau orang puji ke lelaki yang di label "handsome" ni? Do you acknowledge them? Aku rasa ego lelaki ni tinggi, takkan nak puji punya lah. Makes me wonder. Hmmmmm... Bila fikirkan balik, manusia ni mesti nak terasa tergugat kedudukannya hanya kerana kelebihan seseorang. Sebab tu sanggup menyusahkan orang yang bersalah ni. Itu semua kurniaan Tuhan. Teringat pulak kisah Nabi Yusuf. Kalau mamat arab ...

Epilog Puisi Kelabu: Mengejar Bayang Mu

Aku masih sendiri Kerana aku masih mencari. Wajah mu yang kian menyepi. Tiada lagi kelibat tawamu yang menyeri. Aku masih sendiri. Mengejar bayang mu yang tiada henti. Aku tangisi setiap malam diselangi mimpi. Mimpi indah yang telah pergi. Aku masih sendiri. Sendirian aku berdiri disini. Diatas paksi yang simetri. Bayangan kelabu seolah memerli. Aku masih sendiri. Kerana dirimu tiada ganti. Aku masih harus harungi. Menyayangi mu tanpa terpatri.

Meownifesto

Andai aku adalah sebuah parti yang bertanding maka manifesto aku akan berbunyi lebih kurang begini: Haiwan liar akan mempunyai tempat perlindungan yang mencukupi bagi menjaga hak mereka sebagai makhluk Tuhan di Bumi ini. Selain bertangungjawab terhadap manusia, haiwan juga harus diutamakan. Sekian terima kasih. Aku cuma copy paste dari status terbaru di facebook aku. Pemalasnya aku kan. hahaha. Tapi, itu bukan isunya disini. Aku nak cuma nak tanya, kenapa tiada yang ingin menjaga haiwan-haiwan liar yang ada di Malaysia ni? I mean, kau orang semua ada baca article dari negara luar di mana government nya sangat perihatin terhadap haiwan-haiwan liar. Siap ada NGO khas bahagian haiwan. Eh, kat Jepon siap letak rumah kucing kat taman untuk tempat bersantai kucing liar okay.! Makanan, air, semua adalah. Terjaga kucing-kucing tu. Hal ni berikutan kes tsunami tahun 2011. Gila punya semangat. Tak kurang hebat kat Turki (kalau tak silap.) Bukan setakat kucing, aku rasa anjing li...

Realiti: Wanita & Keinginan.

Dalam kehidupan kita ni seharusnya kita menjadi lebih realistik. Wanita dan keinginan tidak dapat dipisahkan. Walaupun seorang wanita itu hanya berkata "Aku bahagia walaupun sederhana", Namun disebalik hati kecilnya hanya Tuhan yang mengetahui. Seorang wanita, isteri mahupun ibu adalah dua golongan wanita yang hebat. Mereka ini mampu menyembunyikan perasaan kerana tidak mahu meletakkan beban dibahu mereka yang bergelar anak mahupun suami. Disebalik senyuman mereka, tersirat seribu rahsia. Rahsia tiada siapa yang mungkin ketahui. Janganlah pula kita mengambil kesempatan diatas kebaikan diri mereka. Terutamanya mereka yang bergelar lelaki, suami mahupun anak. Seharusnya kita lebih peka, dan perihatin terhadap kdua golongan wanita ini. Meskipun mereka tidak meminta-minta, ini kerana tidak mahu dianggap menyusahkan. Oleh itu, untuk mereka yang bergelar lelaki, anak, dan suami. Berusahalah anda untuk membahagiakan mereka. Berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidu...

Wordless Wednesday #1

Imej
I'm a handsome cat meowwww..

Peribahasa Rosak

Aku tak tahu la kalau kau orang semua penah dengar ke tak. First time aku dengar peribahasa ni kat radio THR. Around 6 tahun lepas gitu. Dia orang akan air lepas segmen THR Hindi Power, sebelum lagu Negaraku. Serius kelakar gelak tahap boleh terkencing punya. Ni senarai antara peribahasa rosak yang aku ingat. 1. Sepandai tupai melompat akhirnya tak dapat masuk olimpik juga. 2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan. 3. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan. 4. Biar putih tulang jangan kuning gigi. 5. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock. 6. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia. 7. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. 8. Habis madu sepah jangan dibuang merata-rata. 9. Membujur lalu melintang pukang. 10. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut pulut pun habis. Paling tak tahan yang nombor 10 tu. Senak perut aku gelak. Siapalah punya idea kan?