Catatan

Darwisyh et Darwisyah

Imej
Mungkin nama itu agak pelik bagi kalian.. Tak apa. Anda boleh menjengah ke Facebook Darwisyh et Darwisyah  SINI Bagi yang mencari pengisian jiwa dan rohani, anda boleh lah bersama-sama menyertai kami. Banyak aktiviti menarik. Usrah, kelas bahasa perancis, dan lain-lain. Oh ya, pakaian juga ada dijual bagi yang suka membeli. This is a simple promotional video made by the owner Mrs Tantyana Humaira. (She's my 'dua pupu') Very pretty lady. Do support Darwisyh et Darwisyah!

Cantik Di Mata Hati

Warkah dari ku buat mu wahai wanita,  Cantik itu hanyalah suatu perkataan Kerana kecantikan paras rupa hanyalah senipis kulit, Kebangaan diri mu itu bersifat sementara, Ibarat bunga yang mekar namun layu juga akhirnya. Cantik itu jangan hanya lihat di mata. Lihat juga dari mata hati yang kecil Kerana kecantikan abadi terletak pada jiwanya. Jiwa yang bersih dan taat pada Pencipta Nya.

Aku Terkilan.

Malam semalam macam biasa aku tidur lambat. Menghadap Facebook yang semakin sepi. Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian ku di timeline. Al kisahnya, ada lah seorang hamba Allah ni. Ingin menasihati seorang gadis yang upload aksi Gwiyomi nya di laman sosial tersbut. Permulaannya cukup indah, dan aku meneruskan pembacaan. Namun, aku sangat terkilan dan terkejut. Sebuah nasihat akhirnya bertukar menjadi mengaibkan gadis tersebut. Hamba Allah ini terus tag rakan rakan lelakinya di video gadis tersebut. Aku kasihan kan gadis itu. Kesalahan sekecil itu tapi di serang sebegitu teruk. Apa yang lebih membuat aku terkilan adalah, Hamba Allah itu sangat terkenal di alam maya. Cukup terkenal kerana hasil penulisan yang tiada cacat celanya. Aku ingin mengingatkan para ilmuan di luar sana. Anda memiliki ilmu yang lebih dari kami ini tetapi cukup jahil untuk membezakan menasihati dan mengaibkan. Maka betullah kata ahli bijak pandai, tiada manusia yang sempurna. Hamba Allah ...

Terlalu Handsome Juga Masalah

Kelakar pulak entry aku pagi ni. Sebab aku dok layan pen patah.com entry dia tajuk Lelaki Diusir Kerana Terlalu Handsome. Kesian kat mamat arab tu. Hanya kerana terlalu handsome. Pak pak arab tu terasa tercabar dengan dia. Kalau perempuan boleh la pakai purdah bila terlalu cantik. Lelaki yang terlalu handsome macam mana pulak? Aku tengok gambar mamat tu boleh la. Muka bersih suci. Berjambang. Kalau kau suka arab, maybe ini pilihan hati kau orang semua kot? Aku jarang la nak dengar lelaki puji lelaki lain. Exceptional bagi golongan gay. I mean, straight guys, kau orang puji ke lelaki yang di label "handsome" ni? Do you acknowledge them? Aku rasa ego lelaki ni tinggi, takkan nak puji punya lah. Makes me wonder. Hmmmmm... Bila fikirkan balik, manusia ni mesti nak terasa tergugat kedudukannya hanya kerana kelebihan seseorang. Sebab tu sanggup menyusahkan orang yang bersalah ni. Itu semua kurniaan Tuhan. Teringat pulak kisah Nabi Yusuf. Kalau mamat arab ...

Epilog Puisi Kelabu: Mengejar Bayang Mu

Aku masih sendiri Kerana aku masih mencari. Wajah mu yang kian menyepi. Tiada lagi kelibat tawamu yang menyeri. Aku masih sendiri. Mengejar bayang mu yang tiada henti. Aku tangisi setiap malam diselangi mimpi. Mimpi indah yang telah pergi. Aku masih sendiri. Sendirian aku berdiri disini. Diatas paksi yang simetri. Bayangan kelabu seolah memerli. Aku masih sendiri. Kerana dirimu tiada ganti. Aku masih harus harungi. Menyayangi mu tanpa terpatri.

Meownifesto

Andai aku adalah sebuah parti yang bertanding maka manifesto aku akan berbunyi lebih kurang begini: Haiwan liar akan mempunyai tempat perlindungan yang mencukupi bagi menjaga hak mereka sebagai makhluk Tuhan di Bumi ini. Selain bertangungjawab terhadap manusia, haiwan juga harus diutamakan. Sekian terima kasih. Aku cuma copy paste dari status terbaru di facebook aku. Pemalasnya aku kan. hahaha. Tapi, itu bukan isunya disini. Aku nak cuma nak tanya, kenapa tiada yang ingin menjaga haiwan-haiwan liar yang ada di Malaysia ni? I mean, kau orang semua ada baca article dari negara luar di mana government nya sangat perihatin terhadap haiwan-haiwan liar. Siap ada NGO khas bahagian haiwan. Eh, kat Jepon siap letak rumah kucing kat taman untuk tempat bersantai kucing liar okay.! Makanan, air, semua adalah. Terjaga kucing-kucing tu. Hal ni berikutan kes tsunami tahun 2011. Gila punya semangat. Tak kurang hebat kat Turki (kalau tak silap.) Bukan setakat kucing, aku rasa anjing li...

Realiti: Wanita & Keinginan.

Dalam kehidupan kita ni seharusnya kita menjadi lebih realistik. Wanita dan keinginan tidak dapat dipisahkan. Walaupun seorang wanita itu hanya berkata "Aku bahagia walaupun sederhana", Namun disebalik hati kecilnya hanya Tuhan yang mengetahui. Seorang wanita, isteri mahupun ibu adalah dua golongan wanita yang hebat. Mereka ini mampu menyembunyikan perasaan kerana tidak mahu meletakkan beban dibahu mereka yang bergelar anak mahupun suami. Disebalik senyuman mereka, tersirat seribu rahsia. Rahsia tiada siapa yang mungkin ketahui. Janganlah pula kita mengambil kesempatan diatas kebaikan diri mereka. Terutamanya mereka yang bergelar lelaki, suami mahupun anak. Seharusnya kita lebih peka, dan perihatin terhadap kdua golongan wanita ini. Meskipun mereka tidak meminta-minta, ini kerana tidak mahu dianggap menyusahkan. Oleh itu, untuk mereka yang bergelar lelaki, anak, dan suami. Berusahalah anda untuk membahagiakan mereka. Berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidu...