Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

imy

If you look inside a girl's heart and see how much she cries you will find secrets, best friends and lies but what you'll see the most is how hard it is to stay strong when nothing is right and everything is wrong... I missed the chance to say it but im gonna say it now.. I MISS YOU. That is all I want to say to you.

Bila Sayangkan Orang

Bila kita sayangkan orang kita mesti nak tengok orang tu bahagia. Orang yang kita sayang tu tak semestinya kita nak memiliki dia. Bila kita sayangkan orang kita kena bagi dia ruang. Kita tak boleh nak paksa orang untuk sayangkan kita balik. Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kalau boleh biarlah perasaan sayang itu ikhlas. Kalau dipaksa nanti perasaan itu mungin boleh berubah jadi kesian atau simpati. Bila kita sayangkan orang kerana Allah, kita juga mesti lepaskan orang itu kerana Allah. Sayang itu tiada paksaan, tidak mengharapkan balasan. Sayang itu hanya perasaan yang penuh keikhlasan. Bila kita sayang kan orang, doakanlah untuk kebahagiaan dia. Hanya doa yang dapat diberikan sebagai pengganti diri. =)

Teman Ni Pelik Orangnye

Teman ni pelik sangat ke? Hmmm....? Kadang kadang tu musykil gak bila ada orang tiba-tiba kata teman ni pelik. Pelik macam mana ye? Aihhh.. Tak tercapai akai teman memikiornye. Heran, bingung, musykil, kot celah mana yang pelik nye? Ate, ce cite.. Teman ni tak la tau.. Kalo tak di kabor nye cane teman nak tau mana yang peliknye.. Teman ni dok la memikiorkan. Pelik benor ke teman ni? Teman nengok kat cermin cukup sifatnye. Mata ade, telinga ade, hidung ade, mulut ade. Amboi, kemain lagi mike ni ngate teman. Idak ler pulak nak kabor ape ke yang pelik bebenornye. Ce meh cite. Teman nih tak boleh kalo tak memikiorkan nye. Nak jugak tau ape ke yang pelik? Kome yang membace ni tau ke ape yang pelik dengan teman ni? Ape pon kalau mike nak kabor kat teman, kabor la ye. Teman nih kadang kadang tak le sedor, main rapu aje. Takpe, teman nunggu je jawapan dari mike ni. Harap mike ni kabor la ye. (",)v

Saya Sedih

Saya sedih sebenarnya. Beginilah pengakhiran cerita jejak kasih. Saya nak jujur dengan perasaan saya. Saya rindukan dia tiap tiap tahun saya selalu ingatkan dia. Sepanjang minggu tu saya asyik teringatkan dia. Tak sangka begini lah akhirnya. Tapi, saya tak salah kan dia. Kalau saya ditempat dia, saya akan lakukan perkara yg sama. Saya memahami tindakan dia. Kalau saya tahu akan jadi begini, saya takkan cari dia. Biarlah rindu ini disimpan di dalam hati ini. Dengan harapan dia tidak melupakan saya. Kerana saya paling takut dilupakan. Saya sangat sedih. Sangat sangat sedih. Izinkan air mata ini mengalir untuk diri nya. Hanya itu saja yg dapat mengubat segala luka dihati ini. Saya ingin meminta maaf andai kehadiran diri ini telah menambah duka dihati nya. I really wish one day you would understand, what I did, was for you, for your friendship, for your love, for your trust, for your faith, for your loyalty, for your kindness. I respect you as someone older than me. You took care of me. I ...

Terima kasih Sahabat

"Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya, sentiasa bersama dalam suka dan duka,menegur kesilapan, memuji kebaikan,menutup keaiban.. tatkala teralpa dia lah yang mengingatkan, tatkala bergelap,dialah yang menerangi, tatkala terkurang,dia lah menambahkan.. beban dipikul bersama,ada waktu diperlukan.. kerana tawa dan tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu dan berpisah LILLAHI..." Wahai sahabat maafkan diri ini jika pernah menyakiti mu.. Sayangnya diri ku pada mu tidak dapat terhitung.. Kita bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana nya.. Andai persahabatan ini melukai diri mu maka izinkan aku menjelaskan keadaan ku.. Aku menghargai mu sehingga apabila ada pihak yg cuba menyakiti mu, maka aku juga turut merasai nya.. Aku hormat kan diri mu, sehingga ada yang merosak nama baik mu aku terasa begitu terhina.. Apabila yg melakukan adalah juga seorang sahabat maka aku merasakan ikatan sebuah persahabatan itu telah dicemari.. Sekiranya teguran ku itu telah menyakiti diri n...