Terima kasih Sahabat

"Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya,
sentiasa bersama dalam suka dan duka,menegur kesilapan,
memuji kebaikan,menutup keaiban..
tatkala teralpa dia lah yang mengingatkan,
tatkala bergelap,dialah yang menerangi,
tatkala terkurang,dia lah menambahkan..
beban dipikul bersama,ada waktu diperlukan..
kerana tawa dan tangis sahabat itu sentiasa berpintal,
bertemu dan berpisah LILLAHI..."

Wahai sahabat maafkan diri ini jika pernah menyakiti mu..
Sayangnya diri ku pada mu tidak dapat terhitung..
Kita bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana nya..
Andai persahabatan ini melukai diri mu maka izinkan aku menjelaskan keadaan ku..

Aku menghargai mu sehingga apabila ada pihak yg cuba menyakiti mu, maka aku juga turut merasai nya..
Aku hormat kan diri mu, sehingga ada yang merosak nama baik mu aku terasa begitu terhina..
Apabila yg melakukan adalah juga seorang sahabat maka aku merasakan ikatan sebuah persahabatan itu telah dicemari..

Sekiranya teguran ku itu telah menyakiti diri nya, maka haruslah dia muhasabah juga diri nya..
Aku berterima kasih kerana dipertemukan dengan mu wahai sahabat..
Engkau telah mengajar ku untuk menjadi lebih tabah dan kuat..
Aku memahami pendirian mu, jika ini yang di ingin kan..

Jangan lah sekali diri mu membenci diri ku..
Letakkan lah diri mu di tempat ku..
Baru diri mu kan mengerti betapa pedih nya keadaan diri ku ini..

Dengan ini aku merelakan pemergian diri mu..
Aku akan mendoakan kebahagiaan untuk diri mu wahai sahabat..
Terima kasih ku ucapkan kerana pada suatu ketika diri mu pernah buat diri ku tersenyum..

Ulasan

Catat Ulasan

Tulis dan kongsikan fikiran anda.

Catatan popular daripada blog ini

Crochet Works

Petua

Jose Sixto Dantes III