Catatan

Product Review: D'Herbs Celak Arab

Imej
Assalamualaikum dan selamat petang.. Hari ni terasa nak buat entry gedik pasal product review.. Nama pun perempuan mestilah nak borak pasal mekap sekali sekala ye dak.? Ok, tak payah membebel panjang untuk intro. . Seperti yang dinyatakan di tajuk entry (ayat tak leh blah..hoho) Celak ni sebenarnya saya rembat mak saya punya.. hehehe Baru guna tiga kali je.. tapi hasil die best! Masa Raya hari tu mekap smokey eyes gitu siap calit celak nih.. Hitam pekat sekali swipe je.. Memang puas hati.. Yang paling best.. Saya siap tetido dengan mekap nih.. Bayangkan dengan keadaan cuaca yang panas, berpeluh.. Bangun tido je....... celak ni masih ada dan seperti baru pakai.. Maksudnya takde kesan hitam yang melekat kat kelopak mata tu.. Amazingggggggg (sebut dgn cara gedik!) Nak bukti ke.? Haha.. tak sempat nak snap gambar.. Tapi saya gantikan dengan gambar ni.. Harga RM15.. boleh beli secara online atau melalui dealer D'Herbs

Perut Bermasalah

Assalamualaikum.. Rasa nya ada yang hairan dengan tajuk entry kita hari ni.. Malas nak mengulas panjang panjang.. Perut ni memang bermasalah.. Macam gastrik teruk gilaa..!! haizzzz Padahalnya, hari hari makan macam tak ingat dunia.. Stress dibuatnya tahu.? Umur baru 23 tahun tapi penyakit banyak sangat mengalahkan opah saya je (-.-") Apa pun harap perut ni akan sembuh seperti sedia kala.. ceewahhh *Doakan saya cepat sembuh

Hari Raya Aidilfitri 2012

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin.. Macam mana Hari Raya kawan-kawan.? Of kos lah best + syok kan.... hahaha Yang paling best bila dapat duit raya.. lalala Dah tua-tua macam ni pun dapat lagi lah.. Jangan jeles lah adik-adik.. Kehkehkeh.. *family portrait.. cantik dak lipstick merah mak ngah saya.? hee~

Harapan Ramadhan

Imej
Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat Islam tidak kira di mana anda berada~

Dilema Jiwa

Kalau anda mempunyai masalah dengan orang yang suka mengata dan menyebar fitnah mengenai diri anda, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan: Cara yang pertama, Berzikir untuk ketenangan jiwa, dan berdoa agar pintu hati mereka dibuka untuk berubah. Cara yang kedua, Jerang air, bancuh milo dan gandingkannya bersama roti yang disapu dengan peanut butter dan jam. Cara yang ketiga, Duduk dalam bilik berseorangan dan menangis. Mana satu pilihan anda.? Memang kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak sempurna dan diri akan merasa kecewa dengan perangai manusia sebegitu. Tapi apa yang kita boleh buat, jangan biarkan ia mempengaruhi diri kita. Mulut manusia memang tidak akan berhenti bercakap, meski pun mereka akan mati pada esok hari. Oleh itu, jangan jadikan orang lain sebagai pengahalang kepada diri kita untuk merasa gembira.

Pilihan

Hidup ini sentiasa diberi pilihan.. Pilihan untuk menjadi baik atau jahat.. Mengutuk atau memberi pandangan.. Menghina atau memberi pujian.. Pilihan untuk menjadi hebat atau ketinggalan.. Menjadi ketua atau pengikut.. Memberi arahan atau meminta bantuan.. Pilihan untk berubah atau terus hidup dalam kejahilan.. Menjadi pemarah atau penyabar.. Menjadi tidak terurus atau tenang.. Pilihan untuk membuat pilihan yang tepat.. Dengan bantuan yang kita minta dari Yang Maha Esa.. Tiada apa yang mustahil.. Perubahan BOLEH dilakukan.. Sebab kita sendiri BOLEH memilih untuk berubah.. Satu sebab kenapa kita masih berada di fasa satu adalah kerana kita TIDAK MAHU MEMILIH untuk berubah.. Dan seringkali kita menyalahkan takdir sedangkan kita yang TIDAK BERUSAHA MEMILIH melakukan perubahan.. The Choice is in your hand~

Kisah Si Harimau dan Anak Pengembala

Suatu masa dahulu ada seekor kerbau yang setiap pagi dibawa oleh seorang anak penggembala menuju ke sawah untuk dibajak. Jika tidak ada apa-apa kerja, kerbau tersebut dibawa ke tempat yang banyak rumptnya. Ke mana pun kerbau itu dibawa, dia tidak pernah membantah mengikut tuannya yang hanya seorang kanak-kanak. Suatu saat, sedang si kerbau bersendirian, seekor harimau datang menghampirinya. Si harimau berkata kepada kerbau "Hei kerbau, aku sudah beberapa hari mangawasi engkau. Kau selalu menuruti sahajakehendak tuan kau walau tuan kau lebih kecil daripada engkau. Jika dia suruh kau membajak, kau membajak. Majikan kau itu kecil saja, kenapa tidak kau tanduk dia dan melarikan diri?" "Saya takut kepada tuan saya itu walaupun dia bertubuh kecil," jawab si kerbau. "Hahahaha, bodohnya kau! Masakan badan kau yang besar takut kepada anak kecil?" ejek si Harimau sambil ketawa terbahak-bahak. "Kau jangan ketawa. Kau akan takut jika kau mengetahui kelebihan...