Kisah Si Harimau dan Anak Pengembala

Suatu masa dahulu ada seekor kerbau yang setiap pagi dibawa oleh seorang anak penggembala menuju ke sawah untuk dibajak. Jika tidak ada apa-apa kerja, kerbau tersebut dibawa ke tempat yang banyak rumptnya. Ke mana pun kerbau itu dibawa, dia tidak pernah membantah mengikut tuannya yang hanya seorang kanak-kanak.

Suatu saat, sedang si kerbau bersendirian, seekor harimau datang menghampirinya. Si harimau berkata kepada kerbau "Hei kerbau, aku sudah beberapa hari mangawasi engkau. Kau selalu menuruti sahajakehendak tuan kau walau tuan kau lebih kecil daripada engkau. Jika dia suruh kau membajak, kau membajak. Majikan kau itu kecil saja, kenapa tidak kau tanduk dia dan melarikan diri?"
"Saya takut kepada tuan saya itu walaupun dia bertubuh kecil," jawab si kerbau. "Hahahaha, bodohnya kau! Masakan badan kau yang besar takut kepada anak kecil?" ejek si Harimau sambil ketawa terbahak-bahak.

"Kau jangan ketawa. Kau akan takut jika kau mengetahui kelebihan manusia." si kerbau menjelaskan. "Apa kelebihan manusia itu sampai membuat kau begitu takut sekali?" tanya si harimau.

Tidak lama kemudian, anak pengembala tersebut datang. Pantas sahaja si harimau menyapanya. "Hei anak manusia! Kata si kerbau, kamu mempunyai kelebihan yang membuat dia takut. Apakah itu?" "Saya sebagai manusia diberikan kelebihan oleh Pencipta, iaitu berupa akal yang tidak dimiliki olehmakhluk lainnya."

"Akal itu apa? Boleh saya lihat akal kamu? Jika kamu tidak menunjukkan, saya akan memakan kamu." tanya harimau sambil mengancam. Nmaun anak pengembala itu sedikit pun tidak gentar. "Maaf, saya tidak boleh tunjukkan kepada kamu sebab akal saya tertinggal dirumah."

"Kalau begitu, kau pergi ambil dulu." kata si harimau dengan nada mendesak. "Saya boleh pergi mengambilnya, tetapi saya takut kau akan lari harimau." balas kanak-kanak itu. "Saya janji, saya tidak akan lari." kata harimau dengan penuh yakin.

"Kau cakap saja, nanti bila aku datang balik membawa akal, mesti engkau lari. Aku rasa, baik aku ikat kau supaya kau tak lari harimau." "Setuju!" jawab harimau. Kemudian si anak pengembala mengikat harimau tersebut disebatang pokok. Bukan sahaja tidak boleh lari, bahkan tidak boleh bergerak.

Kerbau yang dari tadi melihat, ketawa besar melihat nasib harimau. "Sekarang apa yang kau boleh lakukan?" tanya si kerbau. Harimau cuba meronta -ronta dan melepaskan diri, tetapi tidak boleh. "Kalau kau nak tahu, itulah akal manusia. Manusia mempunyai akal yang kita binatang tidak memilikinya," kata sambil berlalu pergi mengikut tuannnya.

Dipetik dari Novel Bingkisan Dari Hati: Pesanan Qadir Jilani, Norhayati Berahim, ms 1-4

p/s: untungnya kita manusia mempunyai akal kurniaan Allah S.W.T :)



Ulasan

Catat Ulasan

Tulis dan kongsikan fikiran anda.

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Terseliuh Lutut Yang Dahsyat

Product Review : D'Herbs Set Lunas R'sdong

Kulit Yang Sihat Impianku