Persahabatan Itu Indah
Assalamualaikum dan selamat malam..
Ada tak yang belum tidur.?
Ada.? Bagus.. Bagus.. Sama lah kita :P
Ok, tak nak merapu panjang, lets talk about our title for tonight..
Persahabatan itu indah..
Yup, sekali lagi kita mengupas isu sahabat ni..
Baca dan cernakan setiap baris ayat saya ni okay.? :)
Wahai sahabat,
Perkenalan kita sungguh indah sekali..
Ketika aku memerlukan sesorang engkau akan datang menemani..
Ketika kita bersama, engkau sentiasa di sisi..
Ketika aku kesedihan, engkau datang mengusap air mata ku..
Ketika aku memerlukan nasihat, engkau lah tempat aku bertanya..
Ketika hati aku disakiti, engkau lah yang menyembuhkan..
Wahai sahabat,
Bertahun lamanya kita menjalin persahabatan..
Engkau berubah kerana cita-cita..
Engkau berubah kerana harta..
Engkau berubah kerana derita..
Engkau berubah kerana cemburu..
Engkau berubah kerana aku..
Wahai sahabat,
Hati ini pernah terluka..
Hati ini pernah kecewa..
Hati ini pernah rasa pengkhianatan..
Hati ini pernah rasa kebencian..
Hati ini pernah rasa penyesalan..
Tetapi, aku ingin kau fahami wahai sahabat,
Aku tidak pernah mengharap kesempurnaan dari engkau..
Aku tidak rasa penat meanghadapi dugaan antara kita..
Aku tidak pernah membiarkan diri ku dipengaruhi..
Aku tak pernah putus berdoa agar kita dikembalikan seperti dahulu..
Dan jika tiada ruang lagi antara kita, aku hanya ingin mengingati saat yang indah bersama kamu..
*Inspirasi dari Pelangi Kasih..
Terima kasih kerana sudi membaca :)
nice giler!!!!
BalasPadam