Sekadar Teguran

Assalamualaikum dan selamat malam.
Sila jangan marah saya kerana jarang update blog..
Ye, saya ni memerlukan inspirasi untuk menulis..
Cerita nya panjang tapi nak pendekkan aje lah..
Petang tadi saya blogwalking..
Baca punya baca, terbaca lah satu entry ni..
Kisah nye seorang hamba Allah menegur artis..
Entry pun dah cukup menarik perhatian, betulkan?

So, ikutkan entry title, seorang hamba Allah ni menegur dengan berhemah artis tersebut..
Dan, ada entry susulan bertajuk artis meminta maaf terhadap hamba Allah ini..
Hermm, bagi saya lah, mengapa perlu diceritakan kebaikan yg dilakukan?
Buka minda, lapangkan dada, memang niat hamba Allah ni baik untuk menegur artis kesayangan..
Tapi, saya ulang, tapi, saya pun tak tahu nak cakap macam mana..
Ibarat memberi dengan tangan kanan tetapi tangan kiri menceritakan..
Macam tu lah, sila bagi faham, adakah perlu di 'printscreen' segala teguran tersebut?
Dicanangkan satu dunia? Diceritakan lagi kemenangan yang diraih?
Apapun saya sebagai bloggers kurang bersetuju dengan tindakan hamba Allah ini..
Usahlah diceritakan kebaikan diri, dan usahlah dibuka aib orang lain..
Saya malas nak buat spekulasi tentang motif penulisan entry hamba Allah ini..
Boleh dikatakan bukan hamba Allah ini seorang yg membuat entry seperti ini..
Niat dihati mungkin betul, tapi cara kita selalunya salah..
Kena lebih banyak mendalami ilmu lagi..

Dan saya juga tidak berniat untuk membuka aib mana-mana pihak..
Ini hanya teguran sesama kita, agar kita dapat menilai semula diri kita ini..

Manusia memang sering tersilap langkah, tetapi tidak pernah terlambat untuk diperbetulkan..

Ulasan

Catat Ulasan

Tulis dan kongsikan fikiran anda.

Catatan popular daripada blog ini

Crochet Works

Petua

Jose Sixto Dantes III